Home Uncategorized “Get Fit With Elka & Elza”

“Get Fit With Elka & Elza”

1140
0

Menguruskan perniagaan dan akademik dalam masa yang sama bukanlah perkara yang mudah bagi seorang pelajar. Sejurus melihat kemampuan mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti lasak pasti ramai tidak menyangka dua beradik yang bergelar pelajar ini masih menuntut di Open University dalam jurusan Psikologi dan memiliki perniagaan mereka sendiri. Maselka Masdon , 24 , dan Maselza Masdon , 23, membuktikan bahawa faktor usia bukanlah penghalang bagi mereka untuk memulakan perniagaan pada usia yang muda kerana pengalaman mereka di dalam bidang ini sudah cukup mencukupi.

Minat Kesihatan Diri

Menggalas tanggungjawab sebagai “personal trainer atau duo fitness instructor”, bukanlah satu perniagaan yang mudah namun dua beradik ini berbangga dengan pencapaian yang mereka peroleh sehingga kini. ‘Get Fit With Elka & Elza’ mula ditubuhkan pada awal Januari 2017. Walapun baru sahaja mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, dua beradik ini tidak takut menempuhinya kerana minat mereka yang mendalam terhadap  kesihatan diri, aktiviti luar yang mencabar, dan sikap suka mencari kawan baru memberi inspirasi kepada mereka untuk memulakan perniagaan ‘Get Fit With Elka & Elza’. ‘Get Fit With Elka & Elza’ ini menggunakan tag line OkayGo! hanya dikhususkan untuk pelanggan wanita sahaja.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa sesi latihan “Get Fit With Elka & Elza”

Dari hari ke hari mereka menyedari faktor kesihatan banyak mempengaruhi kehidupan setiap individu termasuk mereka sendiri.  Secara tidak langsung mereka juga telah menjadi lebih disiplin dan tegas dalam penjagaan kesihatan diri kerana tubuh badan yang sihat akan menjadikan pemikiran lebih positif. Situasi ini telah meyakinkan mereka dan dapat mempengaruhi kaum wanita di Malaysia ke atas kepentingan kesihatan diri dan aktiviti senaman. Menjadikan masyarakat Malaysia yang sihat dan berfikiran positif adalah menjadi fokus utama “Get Fit With Elka & Elza”.

Selain dapat mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka berpendapat bahawa dalam kehidupan ini setiap insan haruslah memberikan inspirasi kepada orang lain kerana hidup hanyalah sekali.

Apa jua bidang tugas yang dilakukan, sesiapa sahaja pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran. Namun mereka telah bersedia dan menyedarinya dari awal lagi kerana apabila sudah terjun ke dunia perniagaan memang banyak yang perlu dikorbankan. Masalah mereka lebih kepada kerenah pelanggan kerana bukan mudah untuk menguruskan seseorang terutama pelanggan perempuan yang sering mengadu berat badan lambat turun, kebanyakkannya tidak sedar untuk menurunkan berat badan banyak melibatkan faktor lain terutamanya cara pemakanan, faktor kesihatan dan bukanlah senaman sahaja. Namun begitu, di sebalik cabaran yang dilalui, mereka tetap bersyukur kerana sambutan terhadap perniagaan mereka amat menggalakkan dan hampir kesemua pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Promosi

Pengasas “Get Fit With Elka & Elza”  memaklumkan mereka mempermosikan peniagaan ini melalui video di media massa seperti facebook, whatsapp dan instagram.  Dengan cara ini video menjadi ‘viral’ dalam dua hari dan masih disukai sehingga ke hari ini. Mereka juga menyatakan adalah penting untuk membuat promosi dengan menggunakan kelebihan yang ada pada diri sendiri dan mesti berilmu.

Sebelum mengakhiri perbualan, mereka menasihati kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagan pastikan ada ilmu yang cukup dalam bidang tersebut dan jangan berhenti dalam mencari ilmu serta yang paling penting,  pastikan ibu bapa merestui dan menyokong perniagaan yang dijalankan.

Mana-mana pembaca yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan program dan aktiviti “Get Fit With Elka & Elza”  bolehlah melayari facebook “Get Fit With Elka & Elza” dan juga boleh menghubungi 017-3165459 .

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.