Home Inspirasi Niaga Dahulu pelajar, kini bergelar usahawan

Dahulu pelajar, kini bergelar usahawan

457
0

Oleh: Suhaila Ali / shailalee7@gmail.com

Nor Eizzah Yusoff, 24 tahun merupakan bekas pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Fakulti Teknologi Makanan. Ketika masih bergelar pelajar di UPM beliau telah memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka tiga buah kedai secara berperingkat iaitu Jolyns & The Baker, Mad’bout Food dan FoodFire. Meskipun ketika itu beliau masih bergelar pelajar namun itu bukan penghalang untuk beliau berada dalam bidang perniagaan ini. Baginya pembahagian masa yang bijak dan kesungguhan mampu membuat seseorang itu berjaya. Hal ini amat terbukti apabila beliau telah dinobatkan sebagai IKON Usahawan UPM pada tahun 2016.

Kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau telah meneruskan perjalanan dalam bidang ini sejurus selepas tamat pengajiannya. Dengan berlatar belakangkan ilmu dan pendidikan mengenai teknologi makanan, Nor Eizzah kini telah mempunyai syarikatnya sendiri iaitu Tangan Berduit Enterprise. Syarikat beliau ini mengeluarkan produk makanan yang berunsurkan sharwarma, roti dan makanan sejuk beku. Di samping itu, beliau menerapkan unsur ‘Fill The Gap’ dalam perniagaan beliau. Dimana produk keluaran beliau sesuai untuk semua golongan masyarakat tidak kira bangsa dan agama.

Selain daripada memiliki sebuah syarikat perniagaan, beliau juga merupakan seorang Sale dan Trainer untuk Mat Bulat Meatball. Kini beliau menguruskan fraincais Mat Bulat Meatball di salah sebuah pasaraya Tesco.

Nor Eizzah Yusoff menerima penghargaan daripada pihak Tesco untuk produk Mat Bulat Meatball.

Mengakui dirinya masih baharu, anak bongsu daripada lima orang adik beradik ini mempunyai azam dan perancangan masa hadapan yang sangat teratur. Baginya beliau ingin membina wisma dan kilang makanan sendiri agar dapat menghasilkan lebih banyak produk makanan untuk masyarakat di samping mampu menubuhkan lebih banyak cawangan fraincais sekaligus mampu melahirkan lebih ramai usahawan baru bersama projek dengan industri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.