Home Inspirasi Niaga TOKOH KEUSAHAWANAN – BIDANG KEUSAHAWANAN JADIKAN SYUAIB YUSOF LEBIH MATANG

TOKOH KEUSAHAWANAN – BIDANG KEUSAHAWANAN JADIKAN SYUAIB YUSOF LEBIH MATANG

2204
0

Serdang, 16 Mac 2017 – Syuaib Yusof, 22 adalah seorang usahawan yang kini bergiat aktif dalam perniagaan madu iaitu Bee Happy Stick. Bee Happy adalah jenama baru yang dikeluarkan oleh syarikat baru iaitu Syarikat Bee Happy. Syarikat Bee Happy lebih memfokuskan dalam pengeluaran madu stik atau lebih dikenali sebagai honey stick.

Sebelum beliau mula memberikan focus penuh kepada perniagaan Bee Happy beliau telah mencuba beberapa perniagaan lain iaitu menjual Simkad Tone Excel dan Jual beli Emas melihatkan kepada ekonomi yang tidak begitu kukuh menyebabkan mula mencari inisiatif untuk memperbaiki dan bersedia untuk masa mendatang.

Ditanya tentang bagaimana tercetusnya idea beliau untuk berniaga honey stick ini adalah hasil dari soal selidik yang dilakukan Syuaib Yusof (Pengasas Bee Happy) terhadap pelajar-pelajar terutamanya di peringkat Universiti memandangkan beliau sendiri adalah seorang pelajar. Beliau mendapati ramai pelajar yang mengetahui tentang kebaikan madu dan ingin mengamalkan memakan madu pada setiap hari tetapi mengalami masalah memandangkan madu banyak dipasarkan di dalam botol.

Kehidupan pelajar yang sibuk menyebabkan seseorang pelajar tidak sempat untuk bersarapan biasanya dimana apabila ingin makan madu, ia memerlukan sudu seterusnya sudu tersebut perlu dibasuh. Ini menyebabkan ramai yang tidak mengamalkan pemakanan madu kerana ‘malas’ atau ‘tidak sempat’ untuk basuh sudu yang digunakan. Oleh itu, melalui sikap ini menyebabkan beliau terfikir untuk mengeluarkan madu yang disimpan dalam bekas yang mudah untuk dimakan iaitu ‘honey stick’.

Beliau giat mempromosikan pengeluaran ‘honey stick’ beliau didalam laman sosial khususnya di Facebook dan Instagram memandangkan dunia kini banyak menggunakan teknologi dalam berkomunikasi, ini memudahkan beliau untuk memasarkan produk beliau. Hasil usaha gigih dan penat lelah, produk Bee Happy iaitu ‘Honey Stick’ kini semakin dikenali terutamanya di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mengenang tentang zaman kehidupan beliau dahulu, beliau bukanlah dari keluarga yang serba serbi punya. Beliau hanya hidup bersederhana dimana arwah ayah nya seorang guru di GIATMARA dan ibunya tidak bekerja. Ayah beliau meninggal dunia diperingkat beliau masih muda semasa beliau di Tingkatan empat. Merupakan anak ke tujuh daripada Sembilan beradik. Adik beradik yang ramai membuat banyak tanggungan yang perlu ditanggung oleh bapanya memandangkan ibunya hanyalah seorang suri rumah. Ini menjadikan beliau lebih suka hidup berdikari tanpa meminta-minta daripada ibu bapa.

Menyentuh tentang pendidikan beliau, beliau adalah antara tokoh pelajar di sekolah yang memperoleh semua ‘A’ di dalam PMR Mahupun SPM dan kini beliau melanjutkan pelajaran ijazahnya di UPM dalam bidang sains iaitu Bacelor Biokimia dan kepujian yang kini berada di tahun ketiga. Beliau banyak memberikan ‘talk’ tentang keusahawanan di sekolah-sekolah dan di UPM sendiri. Beliau juga adalah salah seorang usahawan muda di bawah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM). CEM adalah satu organisasi dibawah UPM yang banyak menghasilkan usahawan-usahawan muda yang bukan sahaja sekadar usahawan tetapi usahawan yang mempunyai daya intelek yang tinggi dalam kehidupan mahupun pelajaran.

Dalam pembahagian masa dan pelajaran beliau, beliau berkata pelajaran beliau tidak terganggu dengan aktiviti perniagaan kerana kerja-kerja beliau banyak dilakukan semasa waktu lapang yang tiada kelas seperti untuk pengeposan ‘honey stick’. Perniagaan beliau bukan semata hanya menjual ‘honey stick’ tetapi juga ada mengeluarkan madu di dalam botol dan madu kelulut. Pada permulaan perniagaan katanya, sememangnya agak sukar kerana beliau perlu bermula dari bawah dan mencari modal.

Dunia perniagaan tidak menjadikan beliau tidak bergiat aktif di Universiti, beliau pernah memegang jawatan Majlis Tertinggi Mahasiswa Sekretariat Rekreasi di bawah Kolej 12 UPM dan kini telah memegang jawatan sebagai Majlis Tertinggi Mahasiswa Timbalan Presiden Tiga Kolej 12 UPM dan juga Timbalan Presiden Young Entrepreneur Skuad. Beliau juga pernah memperoleh beberapa anugerah tidak kira dalam keusahawanan mahupun dalam aktiviti kokurikulum di Universiti. Anatara anugerah yang diperoleh adalah anugerah Khas Juri untuk ‘TRADEC Presentation’ dan Tunas Harapan daripada Kolej 12.  Cerita dan nasihat beliau juga banyak disiarkan dalam beberapa surat khabar untuk dijadikan inspirasi kepada anak muda masa kini.

“anak-anak muda sekarang perlu lebih cakna dan berani menghadapi cabaran, menjadi usahawan boleh membuat seseoran itu lebih matang semakin banyak cabaran yan dhaapi semakin berilmu seseorang itu” kata beliau.

Beliau yang memyeru anak muda kini untuk lebih berani untuk menghadapi cabaran dan menjadi usahawan berkata mungkin boleh dikatakan tidak ramai usahawan muda yang berilmu sekarang tetapi bayangkan jika usahawan muda yang berilmu itu terhasil sikit demi sedikit jadi lah seperti kata Presiden Indonesia, Sukarno “Berikan kepadaku 10 orang belia berilmu. Bukan sekadar rantau ini, bahkan seantero dunia bisa kugegarkan”.

Beliau juga berkata sebelum umur 30 tahun untuk anak muda adalah umur yang sesuai untuk memperbaiki kehidupan dan meraih pencapaian demi pencapaian. Anak muda perlu sentiasa mencuba sesuatu yang baru dan sentiasa maju kehadapan. Dalam keusahawanan jangan bersikap terburu-buru, perlu mencari ilmu dahulu bukan dengan terus mencuba tanpa mempunyai ilmu bak kata pepatah “Jangan sesekali mencuba kedalaman sungai dengan kedua-dua belah kaki” pastikan sekurang-kurangnya memakai ‘life jacket’ terlebih dahulu bermaksud apabila ingin memulakan perniagaan kita perlulah bermula dari bawah iaitu mulakan dengan jualan seperti memulakan dengan menjadi seorang agent apa-apa jenis produk kemudian barulah boleh mewujudkan produk sendiri.

Oleh: Siti Fatimah Jamaluddin (180848)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.