Home Inspirasi Niaga Seorang pelajar Universiti tempatan detik sukar bahagi masa antara pelajaran dan berkerja

Seorang pelajar Universiti tempatan detik sukar bahagi masa antara pelajaran dan berkerja

395
0

 “Pengorbanan yang paling perit adalah saya tidak boleh mengatur masa kehidupan seperti rakan yang lain bersantai atau melepak bersama kerana jadual padat pada waktu siang dan malam,” Corian Johan Micheal  Jieng

Mahu berdikari dalam dunia pelajaran dan berkerja dalam satu masa sehingga tamatnya pengajian di universiti adalah perkara yang agak sukar dilakukan oleh sesetengah pelajar universiti kerana menuntut pengorbanan untuk menampung kewangan seharian sehingga perlu melupakan segala keseronokan seperti rakan lain.

Personaliti pelajar
Sebagai pelajar bukanlah perkara yang sukar  bagi pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Corian Johan Micheal Jieng dalam bidang kejuruteraan elektrikal  apabila perlu membahagikan masa antara mahu belajar dan berkerja.Menjalani dua tugas dalam satu hari memerlukan komitmen tinggi.

Perjuangan pelajar
Anak kedua dalam lima beradik itu berkerja di Seven Eleven (7E) sebagai penjaga kaunter sambilan pada waktu malam sahaja sehingga  beliau menghabiskan masa enam atau tujuh jam masa berkerja.

“Sejujurnya begitu sukar untuk memberi tumpuan kedua-dua bidang ini berikutnya jadual yang begitu padat dengan kelas  dan berkerja selalunya pulang lewat sehingga masa tidak cukup untuk saya berehat.

“Begitu juga sukar apabila tidak ada duit untuk berbelanja menyebabkan  saya berkerja dan saya tidak mahu bergantung kepada kedua-dua ibu bapa saya  yang berkerja keras untuk membantu saya ,”katanya.

Cabaran-cabaran berkerja sambil belajar
Selalunya ramai kita dengar graduan-graduan berkerja sambilan dimana-mana sahaja dan telah memberi cabaran kerana menyiap tugas dua dalam satu.
“Ketika masa kerja sambil belajar sukar bagi saya kerana banyak memberi cabaran-cabaran yang telah saya hadapi..Pada waktu kuliah saya sering tidak cukup rehat tetapi saya tetap memberi perhatian sepenuhnya dalam kelas,”.
“Pengorbanan yang paling perit adalah saya tidak boleh mengatur masa kehidupan seperti rakan yang lain bersantai atau melepak bersama kerana jadual padat pada waktu siang dan malam,”kata Corian.
Beliau berkata,jadual masa berkerja bermulanya jam 7 petang hingga jam 1 pagi.Pada jadual kuliahnya pula bermula 8 pagi pada setiap hari.Pada hujung minggu beliau mengambil masa untuk melakukan tugasan kumpulan yang diberikan.
Selain itu beliau juga turut berkata jika saya berkerja saya tidak menyusahkn kedua-dua ibubapa saya dan membuktikan pada mereka yang saya boleh hidup berdikari dan boleh mencari pendapatan sendiri.
“Dalam bidang pendidikan saya juga akan memberi  komitmen dan mengekalkan  momentum pembelajaran saya supaya tidak merosot walaupun tidak cukup masa untuk berehat,”.
“Keluarga saya juga banyak memberi nasihat dan teguran untuk jaga diri sendiri dengan baik dengan lakukan perkerjaan yang halal dan berhasil,”.
Begitu juga beliau sempat meluahkan semangat beliau untuk memastikan impian yang diimpikan akan membawa segulung ijazah kepada kedua-dua ibu bapanya.

Masa depan
“Saya tidak memilih kerja kecuali kerja yang tidak halal dan tidak terjamin dalam pendapatan gaji.Setiap kali saya berkerja,saya perlu mengikut prosedur yang diberikan oleh pihak Seven Eleven(7E).

Beliau berkata,dalam dunia perkerjaan perlu memberi komitmen yang penuh dan harus mendisiplinkan diri sebelum memohon perkerjaan tersebut.
“Bagi saya,berkerja sambil berlajar ini  adalah bahawa ia melatih diri saya untuk lebih berdisiplin dari segi pengurusan masa berkerja dan pengalaman dalam perkerjaan,”.
Corian berkata bekerja dan belajar membolehkan beliau menimba pengalaman bekerja dan pada masa yang sama melanjutkan pelajaran beliau. Beliau berpendapat ianya akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk di masa hadapan.

Oleh: Dangerouslee Mathew
dangerous_lee@yahoo.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.