Home Food & Beverages RAINBOW BURGER

RAINBOW BURGER

199
0

Rainbow burger itulah keistimewaan yang terdapat pada Marook Burger yang diasaskan oleh dua orang peniaga kecil iaitu Shahman Shaarom dan rakan kongsinya Sufi Othman. Keistimewaan Marook Burger terletak pada mayonisnya yang berwarna warni. Dengan adanya mayonis berwarna warni itulah kita umpamakannya sebagai Rainbow Burger.

Pengasas perniagaan ini merupakan pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mereka juga merupakan penghuni di kolej kediaman ke-7 atau dikenali sebagai Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Perniagaannya juga didirikan di kolej tersebut. Menurut mereka, pernigaan ini mendapat sambutan daripada warga KOSASS. Antara menu yang terdapat pada Marook Burger ialah buger ayam, burger daging, burger benjo, burger special dan burger Hong Kong. Setiap burger ini disaluti oleh rainbow mayonis atau mayonis yang berwarna warni.

Perniagaan ini baru sahaja dibuka kira-kira dua bulan yang lalu. Mereka mendapat kerjasama daripada pihak kolej yang membenarkan mereka membuka perniagaan di KOSASS. Malah di UPM pihak university juga menggalakkan pelajar-pelajarnya menceburi bidang keusahawanan. Munurut mereka, perniagaan ini juga bertujuan mencari wang saku untuk membeli barang-barang keperluan mereka. Bagi memperkenalkan perniagaan ini, mereka mempromosikan perniagaan mereka mengunakan media sosial seperti facebook dan whatsApps.

Perniagaan ini juga mempunyai kekuatan, kelemahan dan cabaran. Antara kekuatan perniagaan ini ialah mempunyai menu yang berbeza daripada perniaga burger yang lain. Sebagai contohnya, buger Hong Kong yang merupakan salah satu burger special yang terdapat di Marook Burger. Bak kata orang belum cuba belum tahu dah cuba hari-hari mahu. Kelemahan pernigaan ini pula ialah kedudukannya yang tidak strategik yang terhalang daripada pandangan orang luar. Seterusnya, cabaran yang dihadapi oleh mereka ialah terpaksa bersaing dengan peniaga yang lain yang membuka perniagaan yang sama di sekitar mereka.

Kesimpulannya, Marook Burger merupakan satu contoh yang baik kepada semua mahasiswa  agar hidup berdikari. Menjadi seorang ushawan sambil belajar menjadikan kita lebih berpengalaman, berkualiti dan lebih hebat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Walaupun mereka sibuk dengan pembelajaran di universiti, namun dengan komitmen dan pengurusan masa yang baik mereka dapat menjana pendapatan yang lumayan.Ini membuktikan menjadi seorang pelajar bukanlah batu penghalang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

OLEH: MOHD NAZIRUL MUBIN BIN ABDUL RAZAK /185073

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.