Home Inspirasi Niaga MFH Dua Tiga Enterprise Mahu Lakar Nama di KLCC

MFH Dua Tiga Enterprise Mahu Lakar Nama di KLCC

1841
0

Beliau sering menemani ibunya mengambil upah  mengemas rumah dan pejabat-pejabat sehingga mampu untuk memiliki bisnes sendiri yang mengusahakan perkhidmatan mencuci dengan nama MFH Dua Tiga Enterprise.

Pernah merasai kegagalan dalam bisnes, langsung tidak mematahkan semangat Muhamad Fahmie bin Hairudin, 23 pelajar jurusan sains akuakultur Universiti Putra Malaysia(UPM) untuk terus membuka lembaran baru dalam bidang perniagaan.

Memulakan kerjaya sebagai peniaga ikan laga, Muhamad Fahmie langsung tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga kerna mereka percaya perniagaan ikan laga itu tidak mampu menjana pendapatan yang cukup dan juga membebankan.

“Keluarga saya tidak menyokong perniagaan ikan laga ini kerana ikan laga memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Dengan kekangan sebagai pelajar, soal masa harus dititikberatkan,” katanya.

Dengar kata keluarga Muhammad Fahmie menambah, beliau tidak mahu ingkar dengan pendapat ahli keluarganya dan beralih ke perniagaan lain.

Beliau kemudiannya mencuba nasib dengan memulakan perkhidmatan memotong rumput yang diusahakan bersama tiga orang rakannya.

“Orang kata langit tak selalu cerah. Peniagaan yang dijangkakan mampu menjana pendapatan lumayan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Atas masalah dalaman yang tidak dapat saya ulas lebih lanjut saya mengambil langkah untuk berundur,” katanya yang menunjukkan riak kecewa.

Minat mendalam  Atas dasar minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, maka tertubuhlah MFH Dua Tiga Enterprise yang menawarkan perkhidmatan mencuci rumah, pejabat dan sebagainya.

“ Saya tidak akan berpuas hati selagi saya tidak ditawarkan untuk mencuci bangunan berkembar kebanggaan Malaysia, Kuala Lumpur City Centre (KLCC),” jawabnya ketika diajukan soalan mengenai misi utama penubuhan MFH Dua Tiga Enterprise.

Bermula dengan modal kurang daripada RM100, beliau memulakan bisnes dengan membeli peralatan mencuci seperti penyapu, mop dan baldi sebelum mengiklankan perusahaan itu kepada rakan-rakan melalui aplikasi whatsapp dan facebook.

Pada awal perniagaannya, Muhamad Fahmie bekerja dengan mencuci hanya seorang diri tanpa bantuan pekerja-pekerja bawahan di mana beliau berjaya mencuci sebanyak dua buah pejabat.

Selepas menerima banyak tempahan sebaik  sahaja memulakan perniagaan, Muhamad Fahmie mencari pekerja yang merupakan pelajar-pelajar UPM sendiri kerana ingin membuka peluang pekerjaan kepada pelajar.

“Bukan mudah untuk saya mendapatkan pekerja kerana tidak semua orang gemar untuk bekerja dalam keadaan berhabuk dan kotor,” katanya.

“Dengan masa yang terhad, saya terpaksa mengehadkan tempahan untuk mencuci pada hari-hari biasa dan bekerja lebih masa pada hujung minggu,” tambahnya lagi.    

            Sebagai mahasiswa Muhamad Fahmie harus membahagikan masa bekerja dan belajar agar beliau tidak terus ketinggalan pelajaran kerana pelajaran adalah yang terutama.

Muhamad Fahmie kini bersyukur kerana perusahaannya kini sudah hampir setahun bertapak dan mampu menjana pendapatan yang lumayan dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada mahasiswa-mahasiswa UPM.

 

OLEH MUHAMMAD HAZARUL HADI BIN TWOSIMAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.