Home Inspirasi Niaga HARAPAN SEORANG NENEK MENJADI PENDORONG

HARAPAN SEORANG NENEK MENJADI PENDORONG

1054
0

Menjalani  kehidupan  yang  agak  berlainan  daripada  semua  orang  sangat  sukar  untuk  diharungi  oleh seorang  pelajar dan  seorang CEO syarikat konsultansi  milikkan  sendiri, Zainul Luqman, 23, penuntut  di  sebuah  institut  pendidikan  tinggi  awam (IPTA), UPM Serdang memberitahu bahawa minat dalam memberikan motivasi dan berkongsi ilmu kepada masyarat serta harapan arwah  nenek menjadi  pendorong  kepada penubuhan syarikat snd bhd yang beliau jalankan secara bersendirian.

“Arwah nenek sangat berharap agar saya menjadi seorang penceramah yang dihormati kerana saya dilihat mempunyai ilmu dan kepakaran berkomunikasi.”

Zainul mencetuskan idea ini sejak beliau menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dalam kursus pengajian islam  dakwah . Teknik-eknik dakwah yang dipelajari diguna pakai dalam menjayakan perniagaan persendirian beliau ini. Perniagaan berjalan lancar walaupun beliau kini sibuk dalam melengkapakan sijil ijazah sarjana muda beliau dalam bidang komunikasi di UPM ,  Zainul tetap memberi komitmen yang seiring dalam menjayakan perniagaan beliau.

Perniagaan konsultansi “ZL Training & Consultant“ telah berkembang diserata dunia apabila beliau menjelajah lebih daripada 7 buah negara seluruh Eropah bagi memberi khidmat konsultansi  sekaligus berdakwah dengan cara beliau sendiri.

Berdakwah secara kecil-kecilan di surau mengenai dakwah Islamiyyah memperkukuhkan keyakinan beliau apabila mahiu berhadapan dengan orang ramai yang berlainan peringkat umur dan penerimaan terhadap sesuatu penyampaian . Setakat ini , Syarikat ZL Training & Consultant  , mempunyai seorang staff yang membantu beliau dalam memberi ceramah dan bimbingan kepada pelanggan mereka kerana kedua-duanya sedang menuntut di IPTA.

“ Antara kami , kami bahagikan masa memandangkan kami masing-masing mempunyai komitment dalam pelajaran kami sendiri . Jadi jika sesuatu undangan itu clash dengan jadual kelas mahupun perkara-perkara penting untuk sesuatu projek kelas , saya sebagai CEO akan menolak dengan baik “ – CEO ZL training and Consultancy.

Penjelajahan di 7 negara eropah.

Menjadi peceramah jemputan di UNISZA.

FB : ZL Training & Consultancy

Instagram : @zltc1012

Oleh : Eka Syazwani binti S.Roslee (185507)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.