Home Inspirasi Niaga COKLAT KESIHATAN, DELISH CHOCOLATE

COKLAT KESIHATAN, DELISH CHOCOLATE

992
0

Profil

  • Nama Pengusaha: Noorazeaty Maulad Mohd Khalif
  • Jawatan : Pengurus Pemasaran
  • Delish Chocolate
  • Umur : 23 Tahun
  • Email : noorazeaty@gmail.com
  • Facebook – Zeaty Khalif/ Delish Choclate
  • Pendidikan : Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Zeaty kanan, bersama Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM

Personalitinya yang bersahaja dan mudah di dekati, Zeaty atau nama sebenar Noorazeaty Maulad Mohd Khalif, pelajar jurusan Sains Pembangunan Manusia, UPM, kini mampu meraih purata pendapatan sebanyak 4-6k sebulan hasil daripada jualan coklat buatan sendiri yang diberi nama Delish Chocolate.
Belajar dari kegagalan
Menurut Zeaty, beliau mula serius memulakan perniagaan coklat ini setelah menyertai satu pertandingan usahawan pada tahun lalu yang dianjurkan oleh pihak UPM. “Banyak ilmu yang dapat saya pelajari dan boleh dipraktikkan dalam perniagaan yang saya usahakan ini secara teratur, kerana sebelum ini saya tidak tahu mengenai selok belok perniagaan”, katanya lagi. “Ketika memulakan bisnes, saya tiada asas langsung dalam bidang perniagan, pendapatan yang saya peroleh ketika itu cukup untuk belanja harian sahaja & saya juga pernah gagal beberapa kali namun tetap berusaha untuk terus bangkit.”

Delish Chocolate versi bar yang dilancarkan pada pertengan bulan Mac 2017

Istimewa buat penggemar coklat
Coklat Delish ini dihasilkan khas untuk para penggemar coklat yang ingin menjaga kesihatan kerana coklat yang dihasilkan ini adalah tanpa gula dan kaya dengan koko sebanyak 75%. Justeru, para pelanggan tidak perlu risau akan masalah kegemokan jika makan berlebihan kerana kualiti coklat ini juga sangat dititikberat semasa penghasilannya dijalankan.

Teruja dan terharu
Menurut beliau, sambutan yang amat menggalakkan terutama dalam kalangan pelajar UPM, peminat coklat, dan pelanggan sekitar Klang dan Banting membuatkan beliau lebih teruja untuk mencipta satu lagi produk coklat versi Bar yang akan dikeluarkan pada pertengahan bulan Mac tahun ini.

Study vs Bisnes
Minatnya yang sangat mendalam dalam perniagaan membuatkan beliau masih bertahan untuk menyambung pembelajarannya dalam peringkat degree. Hal ini kerana, menyambung pelajaran merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh ibunya sekiranya beliau mahu meneruskan perniagaan. Apabila ditanya tentang jadual belajar, beliau hanya ketawa dan menyatakan beliau tiada jadual tetap namun beliau akan memastikan menyelesaikan urusan perniagaan pada waktu siang, pada waktu malam pula beliau akan menghadiri aktiviti kolej memandangkan beliau juga merupakan salah seorang ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua (MTM K2). Selepas itu, barulah beliau menyiapkan tugasan yang di berikan oleh pensyarah. Katanya, untuk berjaya kita perlu berusaha tanpa banyak alasan.

Berkorban masa dan nafsu
Jadual yang terlalu padat menyebabkan beliau tiada masa untuk berfoya-foya atau meluangkan masa bersama rakan-raakan. Pengorbanan utama yang dilakukan ketika dalam permulaan perniagaan adalah dari segi masa dan nafsu membeli. Dan itu merupakan satu pengorbanan yang harus dilakukan dengan rela hati.

Tips dan Nasihat
“Setiap daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang kita tidak tahu, jadi nasihat saya anda perlu discover diri anda. Yakin dengan kebolehan yang ada. Jika berminat dalam perniagaan, jalankan dan perniagaan tersebut perlulah konsisten dalam mengusahakannya walaupun secara kecil-kecilan. Inshaa Allah dengan usaha dan kecekalan, anda pasti berjaya” Itu sahaja.

Perkhidmatan
“Sebelum terlupa, Delish Chocolate juga menerima tempahan juga perkhidmatan seperti door gift, hadiah hari lahir dan majlis-majlis keraian yang lain. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung di talian 011 3705 3455 atau ikuti Facebook page Delish Chocolate.” Tambahnya dalam nada yang bersahaja.

Disediakan oleh : SITI NURHANANI BINTI SAMSIR (180990)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.