Home News PUNB BIAYAI SYARIKAT BERKAITAN AUTOMOTIF

PUNB BIAYAI SYARIKAT BERKAITAN AUTOMOTIF

192
0

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) sudah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM230 juta untuk dimanfaatkan kepada 687 syarikat berkaitan bidang kenderaan bermotor sejak 2001 hingga 31 Oktober tahun ini. Pengerusinya, Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata bagi pecahan mengikut skim pembiayaan, sebanyak 40 syarikat dengan nilai pelaburan RM80 juta dibangunkan menerusi Skim PROSPER Pemborong. “Skim PROSPER Runcit pula sudah membiayai sebanyak 242 syarikat dengan nilai pelaburan RM43 juta. “Untuk Skim PROSPER Usahawan Muda (PUMA) yang membiayai saiz perniagaan usahawan muda kurang dari RM100 juta dengan PUNB memberi kelulusan pembiayaan kepada 115 syarikat dengan nilai mencecah RM7.95 juta,” katanya merasmikan Auto Forum 2016 bersempena Malaysia Autoshow 2016.

Pada 2011, PUNB dengan usaha sama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) melancarkan Skim PROSPER Teras khusus untuk membangunkan usahawan Bumiputera bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan dalam industri terpilih dan strategik. Automotif adalah antara bidang yang diberi tumpuan selain daripada bidang perniagaan lain seperti perkhidmatan profesional, bahan binaan dan perkakasan, pendidikan dan telekomunikasi. Sehingga 31 Oktober lalu, PUNB menyalurkan pembiayaan keseluruhan sebanyak RM79.94 juta kepada 282 syarikat di bawah Skim PROSPER Teras. Bagi Januari hingga 31 Oktober, PUNB menyalurkan pembiayaan kepada 32 syarikat automotif dengan jumlah pembiayaan berjumlah RM9.1 juta. Pencapaian ini melebihi sasaran sebanyak 29 syarikat dengan peruntukan sebanyak RM5.9 juta.

sumber-berita harian
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/211245

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.