Home Inspirasi Niaga Tip Merealisasikan Impian

Tip Merealisasikan Impian

191
0
Baharim Sukari | Sayacemerlang

Langkah-1
Guna pancaindera untuk meLIHAT sesuatu yang menarik, indah, kejayaan, kemewahan dan apa-apa sahaja yang baik.

Langkah-2
Timbulkan perasaan keinginan yang kuat di HATI untuk mencapai atau memiliki apa yang anda lihat.

Langkah-3
Cipta sesuatu yang POSITIF di MINDA anda, fikirkan dengan menggunakan kebijaksanaan untuk mengeluarkan idea-idea bernas. Anda juga perlu mengambarkan di minda yang anda sedang dan menikmati apa yang anda impikan.

Langkah-4
BERTINDAK dengan segenap kekuatan, Allah telah menganugerahkan kita dengan kesempurnaan tubuh badan yang pastinya melahirkan satu potensi besar untuk kita mencapai apa yang diimpikan.

a) Tuliskan dan senaraikan apa yang anda rancang demi mencapai impian anda.

b) Jadualkan apa yang telah dirancang.

c) Berdisiplin dalam melaksanakan apa yang telah dijadualkan, ini adalah untuk mengawal diri supaya tidak terkeluar dari “trek”.

d) Analisa apa yang telah anda lakukan, jika berjalan mengikut apa yang diharapkan ianya perlu diteruskan dan ditingkatkan, tetapi jika tidak berkesan atau kurang memuaskan maka pembetulan perlu dilakukan. Proses ini dinamakan PEMBAIKAN BERTERUSAN.

Oleh; Baharim Sukari | www.sayacemerlang.com

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.