Home Education & Training 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Menolak Insuran Hayat/ Takaful Keluarga

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Menolak Insuran Hayat/ Takaful Keluarga

2915
5

Ramai orang mengatakan perlindungan Insuran /Takaful itu adalah keperluan, betul ke? Jika betul adakah anda benar-benar “FAHAM” ataupun sekadar “TAHU” tentangnya insuran/takaful?

Mari kita merungkai apakah kita perlu atau tidak perlu membeli atau menyertai polisi Insuran/Takaful, dalam huraian saya berikut ini terma yang saya gunakan adalah “insuran” bagi mewakili kedua-duanya (insuran & takaful).

Apakah dia insuran hayat?

Dalam insurans hayat, orang yang menyertai (dipanggil pemegang polisi) mengeluarkan sejumlah wang (premium) ke dalam suatu dana yang diurus oleh syarikat insurans. Apabila seseorang di dalam kumpulan itu ditimpa musibah, dia akan diberi sejumlah wang seperti yang terkandung di dalam polisi mereka, wang tersebut adalah merupakan dana yang berperanan untuk membantu dan meringankan kesusahan yang dialami.

Apakah 5 sebab mengapa kita perlu menolak insuran/takaful?

Bunyinya memang agak pelik bagi seorang yang profesional dan juga pernah dan masih bergiat sebagai penasihat Takaful mengatakan bahawa sebenarnya kita boleh tidak bergantung kepada insuran dalam kehidupan ini (boleh dikatakan insuran ini tidak penting).

Ya! Memang betul… baiklah saya akan huraikan 5 sebab itu.

1) Tak Perlu Perlindungan Hutang – Mengapa kita perlu membeli polisi insuran sebagai perlindungan hutang?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya (iaitu dia belum dihukum, sama ada kebaikannya atau kejahatannya) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.” (Hadis riwayat Muslim). Daripada hadis ini menunjukkan bahawa tanggungjawab untuk melangsaikan hutang itu amat-amat dituntut. Hutang terbahagi kepada dua iaitu;

• Hutang kepada Allah – Ada 5 perkara hutang manusia kepada Allah yang perlu dilangsaikan semasa hidup atau setelah meninggal dunia iaitu zakat, haji, kifarah, nazar dan fidyah.

• Hutang kepada sesame manusia – Hutang kepada manusia ada pelbagai antaranya adalah hutang jual-beli, pinjam barang, pinjam duit, janji nak beri, sewa, upah, komisyen dan sebagainya. Selalunya sebelum jenazah di bawa ke tanah perkuburan, wakil waris akan berkata “Saya sebagai waris wakil, berharap agar tuan puan memaafkan segala kesilapan arwah, Halalkan segala makan minumnya dan sekiranya si arwah ada berhutang dengan tuan puan, datanglah berjumpa kami dan kami akan berusaha untuk melunaskannya.

Walau bagaimanapun kita sebenarnya tidaklah perlu membeli atau menyertai pelan-pelan insuran untuk perlindungan hutang-hutang tersebut apabila…

• Sekiranya saat dan ketika ini kita telah melangsaikan semua hutang-hutang kita.

• Sememangnya kita tergolong dari orang yang tidak pernah dan tidak akan berhutang.

• Ada sejumlah wang yang cukup dan sememangnya telah diperuntukan untuk melangsaikan hutang-hutang ini sekiranya di saat dan ketika ini kita meninggal dunia.

Tetapi sekiranya kita tidak dapat mengadakan 3 perkara ini, maka mestilah kita menyediakan satu pelan perlindungan kewangan (insuran) sebagai satu usaha untuk melunaskan segala hutang-piutang kita.

2) Tak Perlu Perlindungan Pendapatan? – Pendapatan adalah merupakan nadi dalam kehidupan, sehinggakan Islam mengariskan hukum bekerja dan mencari nafkah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan akal bagi menanggung isteri dan keluarganya.

Apa yang dimaksudkan Perlindungan Pendapatan?

Sudah pasti setiap yang bekerja atau berniaga itu akan memperolehi haknya sebagai ganjaran upah atau keuntungan di atas kerja atau perkhidmatan yang dilaksanakanya, inilah yang dinamakan pendapatan. Sedar tak kita bahawa pendapatan kita boleh terhenti dengan serta merta. Sebagai manusia biasa kita sering lupa bahawa mati itu pasti cuma masa sahaja kita tak tau bila.

Cuba renung sejenak, andai kata lah ditarik nyawa kita pada masa dan ketika ini,

apa yang kita tinggalkan untuk orang-orang yang kita sayangi?

Apa terjadi kepada pendapatan yang kita raih selama ini?

Akan terhenti betul?

Adakah duit simpanan, pelaburan, KWSP dan sebagainya setelah menolak hutang-hutang kita cukup untuk menyara keluarga kita sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 tahun selepas kematian kita? Ia berdasarkan firman Allah di dalam ayat 240, Surah al-Baqarah, yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Kita hanya boleh mengatakan tidak perlu perlindungan insuran/takaful apabila baki wang (setelah menolak hutang) boleh menampung dan mengantikan pendapatan kita yang terhenti ini sekurang-kurangnya untuk jangka masa tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bulanan kita ialah RM4,000 sebulan hendaklah kita X 12 bulan (1 tahun) = RM48,000. Jumlah ini mestilah 1/8 daripada jumlah yang ditinggalkan (harta pusaka) kerana dalam pembahagian harat pusaka mengikut hukum faraid bahagian isteri adalah 1/8, ini bermakna jumlah perlindungan pendapatan yang perlu disediakan adalah RM384,000 (RM48,000 X 8). Tetapi sekiranya kita menghibahkan harta tersebut kepada isteri kita, ianya bukanlah menjadi harta pusaka dan jumlah tersebut cukup sekadar RM48,000.

3) Tak perlu perlindungan wang rawatan & perubatan?

4) Tak perlu perlindungan simpanan pendidikan?

5) Tak perlu perlindungan simpanan hari tua?

Untuk #3, 4 & 5 kita tidak perlulah membuat simpanan di syarikat insuran sekiranya wang simpanan kita cukup untuk menampung ketiga-tiga perkara ini (setelah menolak #1 dan #2) sebagai contoh wang simpanan anda itu telah dibahagikan kepada beberapa tabungan;

a. Tabung 1 – Peruntukan bayaran hutang, jika hutang semasa berjumlah RM100,000 maka kenalah ada peruntukan RM100,000 juga untuk tujuan ini.

b. Tabung 2 – Peruntukan untuk melindunga pendapatan, jika pendapatan bulanan RM4,000 maka sejumlah wang sebanyak RM384,000 perlu disediakan.

c. Tabung 3 – Peruntukan rawatan dan perubatan untuk sakit, contoh untuk 4 orang ahli keluarga RM500,000

d. Tabung 4 – Sebagai persiapan anak ke menara gading, sebagai contoh RM100,000 untuk pembiayaan ijazah dua orang anak anda (jika dua).

e. Tabung 5 – Telah mempunyai simpanan hari tua yang mencukupi, berapa? Contoh jika pendapatan RM48,000 setahun, umur anda 40 tahun dan jangka hayat rakyat Malaysia 72 tahun (lelaki) maka RM48,000 X 32 tahun (perbezaan antara jangka hayat dan umur semasa) = RM1,536,000.

Q: Mengapa bergitu banyak jumlah di atas?

A: Terlalu panjang dan banyak rasanya hendak saya huraikan di sini, agak kesuntukan masa… jika sesiapa berminat untuk keterangan lanjut… sila hubungi 017-300 7878 untuk menyusun satu temujanji…

5 COMMENTS

Leave a Reply to shahirah Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.